Penyiaran Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Pusat Penyiaran Antarabangsa pada Jun 2011

Sukan Olimpik London 2012 merupakan Sukan Olimpik kesepuluh (setelah mengambil kira Sukan Musim Panas dan Musim Sejuk) yang memanfaatkan teknologi digital Panasonic sebagai format rakaman rasmi sejak Sukan Olimpik Barcelona 1992. Video antarabangsa rasmi diterbitkan dan diedar dari Pusat Penyiaran Antarabangsa (International Broadcast Centre, IBC) di Taman Olimpik London, dalam format definisi tinggi (HD) 1080/50i. Panasonic mengumumkan bahawa DVCPRO HD merupakan format rakaman rasmi untuk merakam temasya. Olympic Broadcasting Services London (OBSL) selaku Penyiar Tuan Rumah menggunakan kelengkapan siri HD P2 untuk menyokong penyiaran sepanjang kejohanan.[292]

YouTube menyiarkan temasya sukan ke semua negara di serata dunia menerusi penstriman secara langsung atas perjanjian dengan IOC.[293]


Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 2012 http://www.insidethegames.biz/olympics/summer-olym... http://www.businesswire.com/news/home/201104100050... http://www.engadget.com/2012/06/06/youtube-london-... http://www.gamesbids.com/eng/future_olympic_games/... http://abcnews.go.com/Travel/wireStory?id=10171244 http://www.irishtimes.com/newspaper/breaking/2011/... http://www.ksl.com/?nid=148&sid=20827055 http://www.latimes.com/entertainment/arts/culture/... http://www.london2012.com/about-newlook-video.html http://www.london2012.com/about-us/the-people-deli...